Latar belakang Ujian_peluru_berpandu_Korea_Utara_2006

Lihat juga Hubungan Amerika Syarikat-Korea Utara, Korea Utara dan senjata pemusnah besar dan Valiant Shield

Korea Utara mendakwa dirinya punyai senjata nuklear, dan dipercayai mempunyai arsenal senjata kimia, yang boleh dihantar secara artileri menentang Korea Selatan. Korea Utara berundur daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear pada tahun 2003. Baru-baru ini semasa "Persidangan Enam Pihak" Korea Utara telah bersetuju secara prinsipnya untuk mengakhiri program senjata nuklearnya sebagai sebahagian pakej komprehensif untuk menghalibkan hubungan-hubungan. Cubaan diplomatik untuk menyelesaikan situasi Korea Utara adalah rumit oleh sebab kepentingan dan tujuan berbeza negara-negara serantau. Di mana tiada negara yang mahukan Korea Utara dengan senjata nuklear, Jepun dan Korea Selatan amat bimbang akan tindak balas Korea Utara terhadap apa-apa tindakan ketenteraan ke atasnya. Republik Rakyat China dan Korea Selatan juga amat bimbang akan kesan ekonomi dan sosial jika situasi ini menyebabkan kerajaan Korea Utara roboh.

  • Pada lewat Januari 2003, Pengarah Agensi Pertahanan Jepun, Shigeru Tshiba memberitahu pemberita bahawa jika Korea Utara "membuat persediaan untuk menyerang Jepun, sebagai contoh dengan mengisikan peluru-pelurunya dengan minyak, kami akan menanggap Korea Utara akan menyerang dan akan membuat serangan awal premis-premis peluru di Korea Utara.
  • Pada 12 Mei 2003, Korea Utara mengistiharkan persetujuan 1992 dengan Korea Selatan untuk membiarkan semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear terbatal, dengan alasan bahawa permusuhan Amerika Syarikat mengancam kedaulatannya. Korea Selatan menanggap persejutuan itu masih berkuatkuasa.
  • Pada 28 Ogos, 2003, Korea Utara mengistiharkan di perjumpaan enam di Beijing bahawa ia bersedia "mendeklarasikan dirinya secara formal sebagai negara senjata nuklear" dan mendakwa mempunyai keupayaan senjata nuklear. Delegasi Korea Utara juga berkata bahawa negara mereka akan mengadakan demonstrasi keupayaan nuklearnya dalam masa terdekat.
  • Korea Utara mengistiharkan pada tarikh 10 Februari 2005 bahawa ia telah menciptakan senjata nuklear untuk pertahanan diri dan menggantung kehadirannya dalam perjumpaan enam pihak.
  • Pada 19 September 2005, Perjumpaan enam pihak telah berakhir dengan persetujuan bahawa Korea Utara akan melepaskan program senjata nuklearnya untuk pertolongan dan kooperasi, mengulangi haknya untuk penggunaan tenaga nuklear secara aman, dan Amerika Syarikat pula "mengiktiraf kedaulatan Korea Utara" dan berjanji tidak akan menyerangnya. Provisi untuk satu reaktor air ringan nuklear akan dibincangkan "pada masa yang wajar"; A.S. dan Korea Utara terus tidak sepakat akan bilakah masa ini.
  • Pada bulan April 2006, Korea Utara membuat tawaran akan menyambung semula perbincangan jika Amerika Syarikat membebaskan pembekuan aset kewangan Korea Utara yang diletakkan dalam satu bank di Macau.
  • Pada pertengahan bulan Jun 2006, Korea Utara mula mengisi minyak sesetengah peluru Taepodong-2 yang ia punyai.
  • 23 Jun 2006, - AS dan Jepun menandatangani satu perjanjian untuk membuat secara bersama teknologi peluru anti-balistik (ABM) dan menjalankan pengawasan dan pengesanan untuk mengumpulkan data kritikal untuk berwaspada akan kemungkinan Korea Utara membuat ujian peluru balistik. AS juga bersetuju untuk menghantar beberapa bateri peluru Patriot PAC-3 untuk melindungi Okinawa.
  • 30 Jun 2006, Bush dan Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi melawat Graceland selepas dua hari perbicaraan politik yang bertujuan mengeratkan hubungan antara Jepun dan AS.
  • 4 Julai 2006, -- Misi bolak-balik angkasa lepas Discovery STS-121 dilancarkan, di mana sesetengah pemerhati Korea Utara menyatakan bahawa ia bukanlah satu kebetulan.

Valiant Shield merupakan satu latihan ketenteraan yang dilancarkan ketenteraan Amerika Syarikat di Lautan Pasifik pada bulan Jun 2006. Latihan ini bermula pada 19 Jun 2006 dan berlanjutan sehingga lima hari, dan berakhir pada 24 Jun 2006. Mengikut Tentera Laut, Valient Shield berfokuskan kooperasi antara cabang-cabang tentera dan mengenai pengesanan, pengikutan dan pertemuan unit-unit di laut, udara, dan darat sebagai tindak balas kepada pelbagai misi.[8] Latihan melibatkan 22,000 anggota, 280 kapal terbang, dan 30 kapal laut, termasuk supercarrier USS Kitty Hawk, USS Abraham Lincoln, dan USS Ronald Reagan. Ia menjadi latihan ketenteraan yang terbesar dilalukan Amerika Syarikat di perairan pasifik semenjak Perang Vietnam. Latihan menandakan detik pertama apa yang akan menjadi latihan dwitahunan melibatkan cabang-cabang berbeza ketenteraan A.S.

Para pemerhati daripada Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat telah dijemput menghadiri latihan, dan juga pegawai daripada Ketenteraan Singapura, Ketenteraan Jepun, Ketenteraan Australia, Ketenteraan Korea Selatan, Ketenteraan Rusia, Tentera Nasional Indonesia dan Angkatan Tentera Malaysia. Ia merupakan kali pertama pemerhati daripada Republik Rakyat China dijemput menghadiri permainan perang A.S.[9] Republik ini telah menghantar delegasi sepuluh orang, termasuk satu pegawai status tinggi dari angkatan tentera laut, darat dan udaranya, dan juga pegawai-pegawai daripada kementerian luar negaranya.[10] Mengikut ahkbar Amerika USA Today, pemerhati ketenteraan China berkata bahawa pemerhatian latihan-latihan ini memberikan mereka lebih kefahaman mengenai senjata dan tindak tanduk A.S. Laksamana Muda Zhang Leiyu, kedua delegasi ini, memanggil lawatan latihan berhampiran pulau Guam "satu langkah positif dalam perhubungan ketenteraan A.S.-China".

Hubungan ketenteraan Amerika Syarikat dan China tidak dekat semenjak satu kerajaan komunis mendapat kuasa di China. Laksamana William J. Fallon, komander tertinggi A.S. di lautan Pasifik, berkata bahawa ia adalah "permulaan" bahawa China telah menerima perlawaannya untuk memerhatikan latihan besar-besaran ini.[11] Fallon juga berharap bahawa China akan membalas perlawaan ini dengan satu perlawaan untuk melihat aktiviti ketenteraan China pula. Akan tetapi, tidak Zhang mahupun laporan Xinhua memberi sebarang indikasi akan perlawaan sedemikian akan menjadi.[12]

Latihan ini juga merupakan implikasi untuk kejadian dunia yang lainnya juga, termasuk bertindak sebagai satu tunjuk kuasa untuk menghalang Ketenteraan Korea Utara daripada memulakan ujian lancaran peluru berpandu Taepodong-2nya.[13]

Ujian peluru berpandu ini manjadi selepas beberapa minggu spekulasi yang mengatakan bahawa Korea Utara sedang bersedia melancarkan satu peluru, tetapi tidak kuantiti mahupun tapaknya diduga. A.S., Jepun, dan yang lainnya mengamar Korea Utara sebelum insiden ini bahawa ujian sebegini akan dianggap sebagai tindakan provokasi. Korea Utara membalas terikan ini dengan mengancam serangan nukear "bertubi-tubi" jika Amerika Syarikat atau negara lainnya cuba bertindak memusnahkan peluru sebelum atau selepas ia dilancarkan.[14]

United States Northern Command atau NORAD dan Pentadbiran Aviasi Persekutuan telah pada hari-hari sebelumnya, meletakkan sekatan terhadap penerbangan komersial dalam kawasan-kawasan sekeliling Vandenberg Air Force Base, California dan Fort Greely, Alaska, rumah peluru sekatan peluru berpandu A.S.[15]

Rujukan

WikiPedia: Ujian_peluru_berpandu_Korea_Utara_2006 http://www.news.com.au/perthnow/story/0,21498,1969... http://www.news.com.au/story/0,10117,19690891-401,... http://www.smh.com.au/news/world/n-korea-missile-l... http://www.theage.com.au/news/national/missiles-fo... http://www.cbc.ca/world/story/2006/07/05/north-kor... http://www.bangkokpost.com/breaking_news/breakingn... http://sun-bin.blogspot.com/2006/07/where-did-nort... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive... http://english.chosun.com/w21data/html/news/200607... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/world/40243...